Wednesday, December 21, 2016

Panduan Mengenali Lelaki Baik




Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalampelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa danboleh bertindak bodoh.


Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindakbetul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.



Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapapun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.



Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.

Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:


1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu.Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.



2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.



3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.



Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.



Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?



Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.



Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.



Thursday, November 17, 2016

UBATI PENYAKIT HATIMU.



السلام علبكم و رحمة الله و بركاته  


Saudara yang dirahmati Allah sekelian , kita singkap sedekit hati yang berpenyakit berdasarkan tulisan  tentang penyakit hati. karya Aiman bin ‘Abdul Fattah, “Keajaiban Thibbun Nabawi”-Keajaiban Pengubatan Nabi. Beliau mengutip ucapan Ibnu Qoyyim, “Penyakit ada dua macam, yaitu penyakit hati dan penyakit badan. Adapun penyakit hati dibagi menjadi dua, yaitu pertama, syubhat dan keraguan, serta yang kedua, syahwat.”

Mengenai penyakit hati yang pertama, yaitu syubhat dan keraguan,  Allah berfirman,

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
 “Di dalam hati mereka terdapat penyakit, maka Allah menambah sakit mereka. dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. ” (. Al-Baqarah: 10). Allah juga berfirman,
وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلاً 

 “Dan agar orang-orang yang di hati mereka ada penyakit serta orang-orang kafir berkata, ‘Apa yang dikehendaki oleh Allah dengan perumpamaan ini?’.” (. Al-Muddatstsir: 31).

Allah juga berfirman tentang orang-orang yang diajak untuk berhukum kepada al-Quran dan as-Sunnah, lantas menolak,

 وَإِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ 
وَإِن يَكُن لَّهُمُ الْحَقُّ يَأْتُوا إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ 
أَفِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ ارْتَابُوا أَمْ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُ بَلْ أُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ 

“Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya, agar Rasul menghukum (mengadili/berhukum) diantara mereka, tiba-tiba sebagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh. Apakah (keengganan mereka itu karena) dalam hati mereka ada penyakit, atau (kerana) mereka ragu-ragu ataukah (karena) takut jika kalau Allah dan Rasul-Nya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (. An-Nuur: 48-50).

Ayat-ayat diatas berkaitan dengan penyakit syubhat dan keraguan. Penyakit hati yang mesti kita hindari.
Mengenai penyakit hati yang kedua, syahwat,  berfirman,

يَا نِسَاء النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاء إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً 

“Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…” (. Al-Ahzab: 32).

Di dalam buku ini juga diberikan beberapa cara untuk mengubati penyakit hati, iaitu:
1. Ghodhdhul Bashor (Menahan Pandangan)

 قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ 

Allah berfirman, “Katakan kepada orang-orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka’.” (. An-Nuur: 30).

Barangsiapa yang melanggar perintah ini, niscaya ia akan terjerumus kepada dosa besar, yaitu zina.
2. Mencintai Orang-orang Mukmin
Nabi  bersabda, “Tidaklah salah seorang dari kalian beriman, sehingga ia mencintai untuk saudaranya seperti apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.” (Muttafaq ‘alaih). Barangsiapa yang melanggar perintah ini, ia akan memendam penyakit iri dan dengki kepada orang lain.

3. Mengikuti Teladan Nabi
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا 

“Apapun yang dibawa oleh Rasul kepada kalian, maka ambillah, sedangkan apa yang dilarangnya, maka tinggalkanlah!” (. Al-Hasyr: 7).

Saudara yang dirahmati Allah ,Orang-orang yang mengatakan bahwa perintah Rasul sudah ketinggalan zaman, merupakan perkataan orang-orang yang mempunya penyakit hati, iaitu syubhat dan keraguan. Perkataan ini juga menunjukkan ketidakridaan mereka kepada hukum-hukum dan ketetapan-ketetapan Allah .Oleh itu hindarilah dari bersifat dengan sifat yang mazmumah(tercela) ini.


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته 
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 
(٢ :سورة المائدة)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)


كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 

2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah

:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)



Wednesday, October 5, 2016

HATI KERAS KERANA JAUH DARI ALLAH



السلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Allah  berfirman:

فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

“Maka celakalah bagi mereka yang keras qalbunya/hatinya dari berzikir kepada Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata.” (az-Zumar: 22)

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, Tidaklah Allah  memberikan hukuman yang lebih besar kepada seorang hamba selain dari kerasnya hati/qalbu dan jauhnya dari Allah . An-Naar (neraka) diciptakan untuk melembutkan qalbu/hati yang keras. Hati yang paling jauh dari Allah  adalah hati yang keras. Bila hati sudah keras, mata pun terasa seolah-olah buta . Hati yang keras disebabkan oleh empat perkara yang dilakukan melebihi keperluan, makan, tidur, berkata-kata, dan pergaulan. Sebagaimana badan kita jika dalam keadaan sakit tidak akan bermanfaat baginya makanan dan minuman, begitulah juga hati jika dijangkiti penyakit-penyakit hawa nafsu dan keinginan-keinginan jiwa yang berlebihan, maka tidak akan berguna dengan nasihat. Barang siapa hendak menyucikan hatinya maka ia mesti mengutamakan Allah lebih dari keinginan dan nafsu jiwanya. Kerana hati yang tergantung dengan hawa nafsu akan tertutup dari Allah , sesuai kadar tergantungnya jiwa dengan hawa nafsunya.


مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ وَجَاء بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ 

sesiapa orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak dilihat (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan.-Qaaf 33-34

Ramai orang menyibukkan hati dengan gemerlapnya dunia semata-mata. Seandainya mereka sibukkan dengan mengingat Allah dan negeri akhirat, tentu hatinya akan menjadi lembut mentadabbur(mengamati) makna-makna Kalamullah(Al Quran) dan ayat-ayat-Nya yang jelas. Dia pun akan mendapat hikmah-hikmah yang hebat dan faedah-faedah yang indah. Jika hati dilazimi dengan berzikir dan disirami dengan berpikir serta dibersihkan dari kerusakan, ia pasti akan menjadi lembut dan tawadhuk merendah diri.
Tidak semua orang walaupun yang  berilmu  akan mendapat anugerah ini. Kecuali jika mereka menghidupkan hati dan mengawal hawa nafsunya. Adapun mereka yang membunuh hatinya dengan mengikut kehendak hawa nafsunya, akan terus lalai.


الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 

orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.-Ar-Ra'd-28

Rapuhnya hati adalah karena lalai dan merasa aman. Sedangkan makmurnya hati adalah karena takut kepada Allah  dan zikir kepada Allah dan mengingatinya. Kerinduan bertemu Allah adalah angin sepoi  yang menerpa hati. . Barang siapa  yang menempatkan hatinya di sisi Rabb-nya(tuhanya), ia akan merasa tenang dan tenteram. Barang siapa  yang melepaskan hatinya di antara manusia, ia akan semakin resah. Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah   tidaklah akan masuk ke dalam hati yang mencintai kehiduapan dunia secara berlebihan, melainkan seperti masuknya unta ke lubang jarum (sesuatu yang sangat mustahil).





Saudara yang dirahmati Allah sekelian, marilah kita pimpim hati kita untuk sentiasa mengingati Allah  .Jika Allah  cinta kepada seorang hamba, maka Allah akan memilih dia untuk diri-Nya sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya. Allah juga akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu  akan menyibukkan harapannya hanya kepada Allah . Lisannya/lidahnya  senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya sentiasa digunakan untuk berkhidmat kepada-Nya.

Hati boleh sakit sebagaimana sakitnya badan dan ubatnya adalah dengan bertaubat kepada Allah. Hati pun boleh berkarat sebagaimana cermin, dan cemerlangnya adalah dengan berzikir dan mengingatinya . Hati pun boleh  telanjang sebagaimana badan, dan pakaian keindahannya adalah takwa. Hati pun boleh lapar dan dahaga sebagaimana badan, maka makanan dan minumannya adalah mengenal Allah , cinta, tawakal, bertaubat, dan berkhidmat untuk-Nya. Mari kita semua berdoa semoga hati-hati dan jiwa kita semua akan dipangggil Allah dihari pembalasan sebagai jamaah hamba-hambanya sebagaimana firmanya:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً  فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي 
Hai jiwa/hati yang tenang,Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridhai-Nya.Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku. Al Fajr 27-30
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته 
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 
(٢ :سورة المائدة)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)


كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 

2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Friday, September 16, 2016

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH




1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Thursday, August 25, 2016

ORANG YANG PALING LEMAH ADALAH MEREKA YANG MALAS BERDOA



السلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,kita lihat bagaimana doa memainkan peranana penting didalam kehidupan seharian Muslim dan Mukmin.Doa adalah inti ibadah kita kepada Allah. Sebaliknya seandainya kita malas dan tidak rajin berdoa maka sebenarnya kita orang paling lemah. Allah  telah memerintahkan hamba-Nya untuk memanjatkan doa kepada-Nya, karena ianya mengandungi kemaslahatan yang amat besar bagi mereka. Allah  berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

 “Dan Rabbmu/tuhanmu  berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” ( Ghafir/40:60).

Syaikh as-Sa’di Rahimahullah berkata “Ini, diantara bukti kelembutan Allah terhadap para hamba dan nikmat-nikmat-Nya yang agung, iaitu Allah menyeru mereka untuk melakukan perkara-perkara yang mengandungi kemaslahatan bagi agama dan dunia mereka. Allah  memerintahkan mereka untuk berdoa kepada-Nya, doa adalah ibadah dan doa adalah permintaan, dan memberikan janji kepada mereka akan mengabulkan permohonan mereka”.

Orang yang sentiasa memanjatkan doa pada Allah  memuji dan menyanjung-Nya, sebenarnya ia sedang berada dalam kebaikan dan ibadah yang besar. Diantara yang menyentuh kebaikan doa, hadits Abu Sa’id al-Khudri  bahwa Nabi  bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا

Tidaklah seorang Muslim yang berdoa dengan doa yang tidak mengandung dosa dan tidak untuk memutus tali silaturrahim/kekeluargaan, kecuali Allah akan memberinya tiga kemungkinan, (iaitu): doanya akan segera dikabulkan, atau akan ditunda sampai di akhirat, atau ia akan dijauhkan dari keburukan yang seumpamanya.” (HR. Ahmad no. 10709 dengan sanad hasan).

Imam Ibnul-Mubarak  mengatakan:


الرَّحْمَنْ إِذَاسُئِلَ أَعْطَى وَالرَّحِيْمُ إِذَا لَمْ يُسْأَلْ يَغْضَبْ

Ar-Rahman maksudnya bila dimintai akan memberi. Dan Allah itu (ar-Rahim) bila tidak diminta, Dia akan murka.

Atas alasan ini, sungguh rugi orang yang enggan dan bermalas-malasan dalam berdoa pada Allah , padahal Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Mengatur alam semesta, dan segala perkara ada di dalam kekuasaanya. Sementara itu, manusia adalah makhluk lemah; lemah badan, jiwa dan hati, penuh kekurangan, memiliki banyak permasaalahan didalam kehidupan dunia dan mengharapkan keselamatan di dunia dan akhirat. Dan yang tak boleh dilupakan dan diambil mudah iala syaitan selalu mengintai untuk menjerumuskannya ke lembah dosadan kemaksiatan serta memalingkannya dari setiap kebaikan dan zikrullah/mengingati Allah. Maka, sangat menghairankan, makhluk dengan keadaan seperti ini masih tidak menyedari keadaannya dan tidak memohon kekuatan, kemudahan, dan pertolongan dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Kuat

Abu Hurairah  meriwayatkan hadits, ia berkata: Rasulullah  bersabda:

أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجَزَ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُهُمْ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ

Manusia paling lemah adalah orang yang paling malas berdoa (kepada Allah). Dan orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil memberi salam. (HR Abu Ya’la, ath-Thabrani, Ibnu Hibban dan ‘Abdul-Ghani al-Maqdisi).

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian mari kita mulakan mulai hari ini memperbanyakan doa sebagaimana firman Allah:

وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُم مِّن فَضْلِهِ 

dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang saleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari karunia-Nya-As-Syuura 26

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ 
Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi ? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).-An-Naml 62

Untuk itu, Syaikh Bakr Abu Zaid  mengungkapkan rasa keprihatinannya, “Kasihan, kasihan, orang yang malas untuk berdoa. Sungguh orang itu sudah menutup banyak pintu menuju kebaikan dan kurniaan (dari Allah) bagi dirinyanya”.

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)



Thursday, August 11, 2016

WAHAI WANITA DAN GADIS!




DIRI anda TIADA duanya, TIADA tiganya!


Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.



Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.



Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.



Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebalnya sepuluh inci.



Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.



Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.



Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.



Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.



Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.



Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.



Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.



Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ˜Buta ke dia?



Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!


Wednesday, July 20, 2016

WARNA BANGKITKAN AURA DIRI


WARNA Bangkitkan Aura Diri

Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakai
selama ini. Ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau
kesesuaian kulit. Sebenarnya pakar motivasi mengatakan
pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.

Jom baca TIPS di bawah ini :

1. Isnin = Putih Lambang Kesucian

- Hari Isnin sebagai permulaan hari, jadi amat penting untuk kamu kembali ke kuliah atau tempat kerja dengan mood yang positif. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kamu berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

2. Selasa = Merah Jambu/Ungu Suburkan Kasih Sayang

- Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura posotif daripada merah jambu membuatkan kamu berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi kamu untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh ketua atau pensyarah. Warna ini juga membuatkan kamu ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.

3. Rabu = Biru Memudahkan Komunikasi

- Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong kamu untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.

4. Khamis = Kuning/Oren Bergerak Aktif

- Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan kamu bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh kamu kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

5. Jumaat = Hijau Beri Ketenangan

- Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri kamu.

6. Sabtu = Merah Berani Mencuba

- Warna merah sesuai dikenakan pada hari ini kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong kamu agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.

7. Ahad = Hitam Untuk Istirahat

- Warna hitam membuatkan kamu berada dalam zon selesa dan privasi. Suasana ini amat sesuai untuk kamu istirahat agar kembali bertenaga merencanakan masa depan.





Ok..ini sahaja tips yang dapat saya kongsikan bersama..Harap2 tips tersebut memberikan panduan kepada korang semua dalam pemilihan warna baju =)

Tuesday, July 12, 2016

3 Nasihat Khusus Bagi Pekerja Makan Gaji Nak Buat Bisnes

Nasihat Khusus dari Emel Irfan Khairi.



3 nasihat khusus kepada anda yang bekerja makan gaji, dan berminat memulakan perniagaan sambilan...

1. Jangan berhenti kerja makan gaji terlebih dahulu!

Sememangnya 9/10 rezeki datang dari perniagaan, tetapi bukan bermakna rezeki tidak ada dalam kerja makan gaji. Banyak juga rezeki apabila kerja makan gaji! Oleh itu, nasihat saya adalah untuk memulakan perniagaan, mulakan perniagaan secara part time atau sambilan terlebih dahulu. Memang tidak dapat dinafikan memulakan perniagaan ada risikonya. Kerja makan gaji, pendapatan lebih terjamin. Oleh itu, ambil langkah bijak dengan tidak berhenti kerja terlebih dahulu- simpan rezeki pendapatan kerja sambil mencari rezeki perniagaan sambilan. Perniagaan Internet membolehkan anda memulakan perniagaan dari rumah pada waktu yang bebas- ianya lebih fleksibel berbanding dengan mempunyai kedai. Risiko juga rendah.

2. Keadaan ekonomi yang tidak menentu + kos hidup semakin tinggi

Memulakan perniagaan sambilan adalah langkah yang baik terutamanya ketika kos hidup yang semakin tinggi. Tidak semestinya matlamat hendak menjadi jutawan. Ketika saya mulakan perniagaan, matlamat asalnya adalah untuk menjana pendapatan tambahan supaya mendapat pendidikan untuk anak-anak yang terbaik, perubatan dan kesihatan untuk keluarga yang terbaik, membawa keluarga bercuti keluar negara dan sebagainya. Sekiranya ada rezeki, boleh mendapat kemewahan tambahan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, mulakan perniagaan sambilan sambil bekerja untuk mendapat lebih ilmu dan pengalaman. Ilmu dan pengalaman ini pastinya akan membantu meningkatkan lagi pendapatan keluarga dalam keadaan kini.

3. Pesaingan yang tinggi

Tidak dinafikan dalam apa jua perniagaan, pastinya ada pesaing. Apabila memulakan perniagaan sambilan, tentunya lebih sukar oleh kerana perlu bersaing dengan mereka yang berniaga secara fulltime - lebih banyak masa yang mereka dapat luangkan pada perniagaan berbanding dengan anda. Oleh itu, untuk bersaing secara part time, apa yang penting adalah untuk tahu teknik dan strategi yang lebih efektif dalam berniaga di Internet. Bukan hanya 1 teknik sahaja (seperti Facebook), tetapi sekurang-kurang 3-4 teknik dan strategi lain (seperti Facebook + Email marketing + Video Marketing + Search Engine Google). Dengan mempunyai lebih banyak 'senjata' maka lebih mudah untuk bersaing!
 
 

Kisah Tukar Tayar Kenderaan Yang Wajib Anda Tahu

Kisah ini dikongsikan oleh:  Cikgu Adnan Ab Halim


"Minggu lepas dari penang blk ke taiping stering mula bergegar..suspek utama memang tayar lah puncanya..so g lah kedai tayar area taiping mnta dorg cek...ya memang btl tayar dh bengkak..esk nk ke melaka pulak..nk x nk kene tkar jgk.so tanya lah pomen tu harga tayar..yg second tayar korek pon dh rm80.yg baru ada yg rm175/185.baik amik yg baru.puas hati.minta dorg bw keluar tayar tu nk tgk.pomen tu pon bw lah tayar baru yg harga 175..bila tanya tahun buatan tayar tu muka pomen dh mula cuak...baru dia habaq tayar tahun 2011.

so apa lg kene sound lah."tayar lama u jual rm175 ke.u tau x tayar ni dh expired.mana blh jual harga ni".sy suruh dia p tanya tokey berapa harga tayar tu.mula² dorg bg rm120.dok minta kurang sampai dpt rm105 untuk sebiji tayar.hrmm tayar korek pon dh rm80.baik amik yg ni.so dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga rm420 rim 15'.moral of story..

sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar..dorg akan keluarkn tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru.so kalau yg nk tukar tayar tu hati² lah supaya kita x tertipu.di bawah ada senarai kod² yg patut kita tahu.moga dapat manfaat bersama. Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Info Pasal tayar kenderaan;
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Group² Lain....

Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua....forward pada kawan - kawan korang yeaa...