3 Nasihat Khusus Bagi Pekerja Makan Gaji Nak Buat Bisnes

Nasihat Khusus dari Emel Irfan Khairi.



3 nasihat khusus kepada anda yang bekerja makan gaji, dan berminat memulakan perniagaan sambilan...

1. Jangan berhenti kerja makan gaji terlebih dahulu!

Sememangnya 9/10 rezeki datang dari perniagaan, tetapi bukan bermakna rezeki tidak ada dalam kerja makan gaji. Banyak juga rezeki apabila kerja makan gaji! Oleh itu, nasihat saya adalah untuk memulakan perniagaan, mulakan perniagaan secara part time atau sambilan terlebih dahulu. Memang tidak dapat dinafikan memulakan perniagaan ada risikonya. Kerja makan gaji, pendapatan lebih terjamin. Oleh itu, ambil langkah bijak dengan tidak berhenti kerja terlebih dahulu- simpan rezeki pendapatan kerja sambil mencari rezeki perniagaan sambilan. Perniagaan Internet membolehkan anda memulakan perniagaan dari rumah pada waktu yang bebas- ianya lebih fleksibel berbanding dengan mempunyai kedai. Risiko juga rendah.

2. Keadaan ekonomi yang tidak menentu + kos hidup semakin tinggi

Memulakan perniagaan sambilan adalah langkah yang baik terutamanya ketika kos hidup yang semakin tinggi. Tidak semestinya matlamat hendak menjadi jutawan. Ketika saya mulakan perniagaan, matlamat asalnya adalah untuk menjana pendapatan tambahan supaya mendapat pendidikan untuk anak-anak yang terbaik, perubatan dan kesihatan untuk keluarga yang terbaik, membawa keluarga bercuti keluar negara dan sebagainya. Sekiranya ada rezeki, boleh mendapat kemewahan tambahan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, mulakan perniagaan sambilan sambil bekerja untuk mendapat lebih ilmu dan pengalaman. Ilmu dan pengalaman ini pastinya akan membantu meningkatkan lagi pendapatan keluarga dalam keadaan kini.

3. Pesaingan yang tinggi

Tidak dinafikan dalam apa jua perniagaan, pastinya ada pesaing. Apabila memulakan perniagaan sambilan, tentunya lebih sukar oleh kerana perlu bersaing dengan mereka yang berniaga secara fulltime - lebih banyak masa yang mereka dapat luangkan pada perniagaan berbanding dengan anda. Oleh itu, untuk bersaing secara part time, apa yang penting adalah untuk tahu teknik dan strategi yang lebih efektif dalam berniaga di Internet. Bukan hanya 1 teknik sahaja (seperti Facebook), tetapi sekurang-kurang 3-4 teknik dan strategi lain (seperti Facebook + Email marketing + Video Marketing + Search Engine Google). Dengan mempunyai lebih banyak 'senjata' maka lebih mudah untuk bersaing!
 
 

Post a Comment

0 Comments