HATI KERAS KERANA JAUH DARI ALLAH



السلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Allah  berfirman:

فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

“Maka celakalah bagi mereka yang keras qalbunya/hatinya dari berzikir kepada Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata.” (az-Zumar: 22)

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, Tidaklah Allah  memberikan hukuman yang lebih besar kepada seorang hamba selain dari kerasnya hati/qalbu dan jauhnya dari Allah . An-Naar (neraka) diciptakan untuk melembutkan qalbu/hati yang keras. Hati yang paling jauh dari Allah  adalah hati yang keras. Bila hati sudah keras, mata pun terasa seolah-olah buta . Hati yang keras disebabkan oleh empat perkara yang dilakukan melebihi keperluan, makan, tidur, berkata-kata, dan pergaulan. Sebagaimana badan kita jika dalam keadaan sakit tidak akan bermanfaat baginya makanan dan minuman, begitulah juga hati jika dijangkiti penyakit-penyakit hawa nafsu dan keinginan-keinginan jiwa yang berlebihan, maka tidak akan berguna dengan nasihat. Barang siapa hendak menyucikan hatinya maka ia mesti mengutamakan Allah lebih dari keinginan dan nafsu jiwanya. Kerana hati yang tergantung dengan hawa nafsu akan tertutup dari Allah , sesuai kadar tergantungnya jiwa dengan hawa nafsunya.


مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ وَجَاء بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ 

sesiapa orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak dilihat (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan.-Qaaf 33-34

Ramai orang menyibukkan hati dengan gemerlapnya dunia semata-mata. Seandainya mereka sibukkan dengan mengingat Allah dan negeri akhirat, tentu hatinya akan menjadi lembut mentadabbur(mengamati) makna-makna Kalamullah(Al Quran) dan ayat-ayat-Nya yang jelas. Dia pun akan mendapat hikmah-hikmah yang hebat dan faedah-faedah yang indah. Jika hati dilazimi dengan berzikir dan disirami dengan berpikir serta dibersihkan dari kerusakan, ia pasti akan menjadi lembut dan tawadhuk merendah diri.
Tidak semua orang walaupun yang  berilmu  akan mendapat anugerah ini. Kecuali jika mereka menghidupkan hati dan mengawal hawa nafsunya. Adapun mereka yang membunuh hatinya dengan mengikut kehendak hawa nafsunya, akan terus lalai.


الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 

orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.-Ar-Ra'd-28

Rapuhnya hati adalah karena lalai dan merasa aman. Sedangkan makmurnya hati adalah karena takut kepada Allah  dan zikir kepada Allah dan mengingatinya. Kerinduan bertemu Allah adalah angin sepoi  yang menerpa hati. . Barang siapa  yang menempatkan hatinya di sisi Rabb-nya(tuhanya), ia akan merasa tenang dan tenteram. Barang siapa  yang melepaskan hatinya di antara manusia, ia akan semakin resah. Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah   tidaklah akan masuk ke dalam hati yang mencintai kehiduapan dunia secara berlebihan, melainkan seperti masuknya unta ke lubang jarum (sesuatu yang sangat mustahil).





Saudara yang dirahmati Allah sekelian, marilah kita pimpim hati kita untuk sentiasa mengingati Allah  .Jika Allah  cinta kepada seorang hamba, maka Allah akan memilih dia untuk diri-Nya sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya. Allah juga akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu  akan menyibukkan harapannya hanya kepada Allah . Lisannya/lidahnya  senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya sentiasa digunakan untuk berkhidmat kepada-Nya.

Hati boleh sakit sebagaimana sakitnya badan dan ubatnya adalah dengan bertaubat kepada Allah. Hati pun boleh berkarat sebagaimana cermin, dan cemerlangnya adalah dengan berzikir dan mengingatinya . Hati pun boleh  telanjang sebagaimana badan, dan pakaian keindahannya adalah takwa. Hati pun boleh lapar dan dahaga sebagaimana badan, maka makanan dan minumannya adalah mengenal Allah , cinta, tawakal, bertaubat, dan berkhidmat untuk-Nya. Mari kita semua berdoa semoga hati-hati dan jiwa kita semua akan dipangggil Allah dihari pembalasan sebagai jamaah hamba-hambanya sebagaimana firmanya:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً  فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي 
Hai jiwa/hati yang tenang,Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridhai-Nya.Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku. Al Fajr 27-30
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته 
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 
(٢ :سورة المائدة)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)


كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 

2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Post a Comment

0 Comments