10 Rahsia Yang Perlu Anda Amalkan Untuk Sukses



10 Rahsia Yang Perlu Anda Amalkan Untuk Sukses
=================
.
1. Apa Yang Anda Fikir, Begitulah Realitinya:
Anda kena sentiasa berfikiran POSITIF. Fikirkan tentang kejayaan. Bukan KEGAGALAN. Anda percaya dan yakin bahawa anda boleh lakukannya. Tiap kali anda sebut "Saya tak boleh...saya akan gagal..", then anda akan terus gagal dan gagal.
Cuba fikir, bagaimana orang yang tidak cukup keupayaan seperti orang lain yang normal pun boleh berjaya ke tahap yang membanggakan? Think about it.. It's about your mindset!
.
2. Tulis Apa Sebenarnya Goal & Big WHY Anda:
Ambil pen dan kertas, tulis betul-betul apa GOAL dan IMPIAN anda. Tutup laptop..tutup komputer..tutup phone buat sementara waktu. Duduk dalam bilik, dan mula tulis setiap goal anda dan kenapa anda nak capai goal tersebut.
Percayalah bahawa setiap kejayaan datangnya dari sehelai kertas yang dipenuhi dengan Goal dan Impian seseorang. Plan kan apa objektif yang perlu anda buat untuk capai Goal tersebut. Buat proper plan,& buat SWOT analysis.
.
3. Take Action:
Yang ni anda pernah tengok dan dengar banyak kali.. Tok guru anda pesan..cikgu anda pesan..lecturer anda pesan..sifu anda pesan.. Take Action...Take Action...n Take Action. "Goals are nothing without Take Action". Bagaimana anda nak capai Goal yang anda dah tulis dan plan tu tanpa apa-apa tindakan dari pihak anda sendiri?
Adakah anda sedang tunggu durian runtuh jatuh atas kepala dari langit? Bab kata Nike.."Just Do it!". Orang yang berjaya tidak akan berhenti dari take action.
Dalam tindakan anda nanti, anda akan temui banyak halangan dan disitulah anda kena sacrifice demi untuk capai goal anda. Jangan takut dengan kegagalan. Berusaha dan terus berusaha. Berkorban seketika untuk kesenangan pada masa hadapan.
Memang ia tidak mudah...jika ia mudah, semua orang dalam dunia ini akan berjaya  So, be a winner!
.
4. Jangan Berhenti Belajar & Menimba Ilmu:
Belajar tidak semestinya kena masuk sekolah, masuk universiti dan sebagainya..belajar ilmu ni anda boleh belajar melalui sekeliling anda. Apa yang anda nampak di sekeliling yang boleh anda praktikkan dalam plan anda supaya goal tercapai.
Sekarang ni ramai sifu-sifu yang tumbuh macam cendawan sekarang.. Go and approach him/her.. Cakap nak belajar.. Beli buku..beli ebook..baca dan praktik.. Always try to learn something new and you will keep humble in everything you do.
.
5. Kena Konsisten & Kerja Keras:
Ada satu ayat ni saya baca "Success is a marathon, not a sprint. Never give up".. Bila anda buat sesuatu dan ia hanya sekerat jalan, lagi lambat anda akan temui kejayaan yang anda cari..
Jangan jadi lembik.. Kalau lembik, kita tak hero...lembik dari segi kerja keras dan mudah berputus asa. Never give up bro and sis!
.
6. Belajar Untuk Analisis Data:
Kita tidak akan lari dari buat kesilapan. Orang dah berjaya pun, anda kena tau bahawa berapa banyak kali dia buat kesilapan. Jangan putus asa bila buat kesilapan. Belajar untuk analisa kesilapan-kesilapan yang anda lakukan.
Tak kisahlah anda buat kerja apa sekalipun, semuanya mempunyai 'data'. Kaji balik dan betulkan apa yang salah.
.
7. Beri Tumpuan Kepada Masa & Duit Anda:
Jangan benarkan orang atau benda di sekeliling anda menganggu 'perjalanan' anda. Selalu ingatkan diri tentang GOAL yang ingin dicapai dan elakkan diri daripada mereka yang negatif yg tidak membantu dan tidak percaya dengan kebolehan anda untuk capai impian anda.
Ini yang kita panggil sebagai "Butakan Mata, Butakan Hati & Jalan Terus".
.
8. Jangan Takut Untuk Jadi Seorang Inovatif:
Yakinkan diri bahawa anda boleh jadi seorang inovatif. Idea anda adalah bukan idea orang lain. Anda seorang sahaja yang tau dan faham dengan idea anda. Cuba korek dalam diri anda, apa idea yang bernas dan inovatif yang boleh anda keluarkan yang dapat bantu diri anda dan orang lain capai impian.
Soal ini dalam hati, "Apa Yang Aku Boleh Buat Jika Aku Tak Tau Erti Takut".
.
9. Berkomunikasi Dengan Orang Lain Secara Berkesan:
Anda hidup dalam dunia ni bukan keseorangan. Jangan jadi "Katak Di Bawah Tempurung".. Cuba fahamkan keadaan sekeliling dan teruskan motivate orang lain. Cuba dalami orang-orang yang sudah berjaya..apa yang mereka buat..apa yang mereka praktikkan.
Dari situ kita boleh belajar bagaimana cara kita nak berkomunikasi dengan orang lain. Lain orang lain caranya. Fikir balik, bagaimana cara kita berkomunikasi dengan pelanggan kita?
.
10. Be Honest & Sifat Terbuka:
Bersikap jujur dalam apa jua keadaan dan terimalah pandangan orang lain yang mana yang boleh capai GOAL kita. Jangan sombong dan ingat kita seorang sahaja yang hebat. Mengaku salah cepat-cepat jika betul kita salah. Yang paling penting, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN JIKA KITA GAGAL! The only person to blame is yourself!
Kesimpulannya, apa yang saya kongsikan di atas adalah semuanya TANGGUNGJAWAB anda.. bukan orang lain. Nak berjaya, kita kena bertanggungjawab..jangan tunggu orang lain untuk 'suap' kita sahaja.
.
Belajar sesuatu daripada 10 Rahsia Sukses ini?
.
"BE A WINNER, NOT THE LOSER".
.
Sebarkan.
.
Regards,
Wazeen Azizan

Post a Comment

0 Comments